
Semalam, tiga media sosial utama iaitu Instagram, Facebook dan Whatsapp terjejas buat seketika.
Advertisement
Pengguna menyedari akan masalah tersebut apabila mereka tidak dapat memuat naik gambar dan video atapun status pada laman Instagram dan Facebook.
Berdasarkan laman Down Detector, terdapat lebih 1481 laporan manakala Facebook mempunyai 483 laporan dan whatsapp 254 laporan.
Sehingga kini masih belum ada kenyataan rasmi daripada ketiga-tiga media sosial ini akan mengapa laman mereka mengalami masalah.
Sumber: Astro Awani