
Baru-baru ini, seorang pengguna twitter dengan twithandle @merxnism telah berkongsi akan kisahnya yang telah didiagnose dengan 4 jenis kanser yang berbeza bermula dari tahun 2014 hinggalah sekarang.
Advertisement
Biarpun diserang dengan pelbagai masalah kesihatan, namun lelaki ini percaya bahawa dia perlu lebih kuat dan melawan dengan segala masalah.
“Ketika saya berumur 18 tahun, saya didiagnose dengan kanser limfoma tahap dua, kanser hati tahap 2. Tiada duit untuk bayar bil. Ayah pula tiada pencen. Banyak menanggung pinjaman dan hutang. Ketika umur 23 tahun, saya didagnose pula dengan kanser usus besar. Saya terpaksa menangguh pelajaran dan berkerja separuh masa untuk bayar bil sendiri. Tak boleh tauliah PALAPES.
Tetapi saya pilih untuk terus melawan kerana ia sangat bermakna.” Tulisnya dalam twitter dan mendapat lebih 3 ribu RT.
Terinpirasi daripada kisahnya yang luar biasa, kami sempat menemubual dan bertanyakan kepadanya akan beberapa perkara.
“Bermula pada tahu 2014, saya selalu pengsan, muka pucat, muntah-muntah dan kurus sangat. Kemudian, saya rasa seperti ada ketulan timbul pada bahagian kelengkang. Jadi, saya pergi buat pemeriksaan beberapa kali. Waktu itu saya telah didiagnose dengan Kanser Limfoma tahap 2.” Dia mula membuka cerita.
Rentetan daripada kanser pertama, hujung tahun 2016 dia telah didiagnose dengan kanser hati tahap dua pula. Namun, untuk kanser ini tiada tanda-tanda yang jelas dan doktor sudah menjangka organ-organ lain juga akan diserang oleh penyakit ini.
Walaubagaimanapun, pada tahun 2018 dia bebas daripada kedua-dua kanser tersebut dan kembali menjalani kehidupan seperti biasa. Pada waktu yang sama juga dia menjalani latihan Palapes di UIAM.
Disangkakan panas hingga ke petang, namun hujan pula ditengah hari. Jun 2018, dia kerap cirit biri dan telah ditahan di hospital. Awalnya disangka hanya keracunan makanan. Sehinggalah bulan September dan mendapati ada darah yang keluar ketika dia membuang air besar
“Saya pergi buat pemeriksaan dan mendapati saya telah didiangnosed dengan kanser usus besar tahap 3. Dan March tahun ini saya telah mengidap kanser hati tapi dapat kesan lebih awal. Sekarang saya dah start dengan rawatan kimoterapi.” Ujarnya.
Melihat kepada keadaan keluarga yang kurang stabil, lelaki ini memilih untuk merahsiakan segala yang ditanggungnya daripada pengetahuan mereka. Segala kos rawatan ditanggung sendiri dan hanya beberapa kenalan rapat sahaja yang tahu dan menjaganya.
Namun, ketika diserang kali kedua awal tahun ini, dia memilih untuk memaklumkan perkara tersebut kepada ahli keluarga. Awalnya, ahli keluarga agak marah kerana merahsiakan perkara tersebut. Namun, sekarang merekalah tulang belakang yang paling hebat buat lelaki ini.
Kanser antara penyakit yang paling ditakuti ramai. Disebabkan oleh itu, ramai yang memilih untuk tidak melakukan pemeriksaan. Namun, lelaki ini berpesan supaya lakukan pemeriksaan agar peluang lebih cerah seandainya dapat didiagnose lebih awal.
Sementara tengah ada kudrat la kita kena selalu buat checkup. Nanti kalau dah sakit, nak bangun pun tak larat. Emosi pun dah tak stabil. And most importantly is get your health insurance. Sangat penting zaman sekarang ni sebab kos perubatan sangat mahal. Jangan jadi macam saya sampai kena kerja part time, menagih kat syarikat-syarikat dan yayasan-yayasan untuk sponsor perubatan saya sebab ayah saya tak ada pencen dan mak saya tak bekerja.- nasihatnya lagi.
Melihat kepada ujian ini, pastinya sangat mencabar. Adakalanya kita akan merasakan bahawa Tuhan tidak menyayangi kita. Sama juga seperti lelaki ini. Dia juga pernah menyoal kenapa Tuhan menguji dia sedemikian rupa. Sedangkan kawan-kawan yang lain tengah enjoy belajar dan akan graduate hujung tahun ini.
“Saya sangat optimis dan percaya hanya hambaNya yang kuat sahaja akan diuji dengan hebat. Mungkin saya tak diberikan nikmat seperti orang lain tapi Allah berikan saya nikmat orang-orang yang sangat baik di sekeliling saya, emosi yang stabil, panjang umur dan pengalaman yang berharga. Saya juga percaya lambat laun semua ujian ini akan berakhir. Cuma perlu bersabar je” Jawabnya apabila diaju soal hikmah daripada ujian ini.
Dia juga berkata tidak selesai pun masalah seandainya mengambil nyawa sendiri atau memilih untuk berada di dalam zon depresi. Jadi, hiduplah dengan penuh kegembiraan selagi boleh. Lelaki ini juga berkata, mungkin Allah memberi kanser ini agar dia boleh memotivasikan orang lain untuk menjadi lebih kuat dan untuk membuktikan bawaha Allah tidak pernah meninggalkan hambaNya biarpun hambaNya melakukan perkara sedemikian terhadapNya.
Semoga kisah ini akan memberi inspirasi kepada kita semua bahawa setiap ujian itu bukanlah tanda Tuhan tidak menyayangi kita. Namun, inilah tanda bahawa Allah sentiasa mahukan kita mengingatinya.