Skip to main content

Advertisement

Berita

Ini 8 Cara Untuk Anak Mendengar Cakap Tanpa Perlu Berleter

8 cara untuk anak dengar cakap tanpa perlu berleter

Untuk yang baru sahaja bergelar bapa ataupun sudah lama, disini terdapat teknik yang anda perlu mahirkan apabila bercakap dengan anak. Iyalah, mereka ini masih kecil dan tahap pemikiran pun tentulah berbeza dengan orang dewasa. Berikut adalah beberapa cara yang boleh anda usahakan untuk memastikan komunikasi dengan anak lebih berkesan.

1. Utamakan Eye Contact

Eye Contact amat penting di dalam hubungan ibu bapa dengan anak. Jangan sentiasa terjerit-jerit dekat anak sambil melakukan kerja di dapur dan janganlah kerap mengarahkan anak.

Advertisement

Secara semulajadinya, apabila seseorang anak kecil bertentangan mata dan memandang wajah ibu bapa yang sedang bercakap, mereka akan menerima lebih banyak isyarat untuk memahami mesej verbal tersebut. Si anak bukan sahaja memfokuskan pada wajah, tetapi juga memberi perhatian kepada pergerakan bibir, ekspresi, dan bahasa tubuh. Ini semua adalah ciri penting dalam penyampaian mesej yang jelas.

2. Bercakap paras Eye Level

Apabila anda membongkokkan badan dan bercakap pada paras ketinggian anak, anda bukan saja kelihatan lebih mudah didekati dan kurang ‘menakutkan’, tetapi anda juga menjadikan sesebuah mesej lebih mudah didengari dan difahami.

Kebiasaannya Teknik ini digunakan oleh tenaga pengajar prasekolah untuk merapatkan hubungan dan memudahkan komunikasi dengan anak kecil. Menariknya.

3. Berikan Ekspresi Wajah Yang Positif

Setiap Ekspresi wajah seperti senyuman, kerutan dahi, pergerakan bibir dan mata adalah antara respon yang boleh mempengaruhi respon anak terhadap mesej yang kita sampaikan.

Dengan mengekalkan ekspresi positif dan mengawal kemarahan, kita dapat menunjukkan keseriusan sambil memberi keutamaan terhadap mesej yang disampaikan berbanding leteran yang terlalu panjang.

4. Kerjasama dan Tolenrasi

Kerjasama dan Tolenrasi ini menunjukkan bagaimana membetulkan sesuatu kesalahan adalah salah satu cara menggalakkan mereka memahami sesuatu yang diarahkan dengan lebih berkesan.

Contohnya, kalau anak tertumpahkan air, ambil kain yang sesuai dan lapkan bersama. Menurut kajian, penglibatan anda ini dapat menggalakkan pemahaman dan pengetahuan mereka terhadap sesuatu perkara secara lebih mendalam.

5. Elakkan Membebel

Cara kita bercakap dengan anak kita adalah amat penting kerana ia boleh menjadi ‘suara hati’ mereka. Apabila kita kerap ‘melabelkan’ mereka dengan perkataan seperti ‘lembap’, ‘cengeng’, atau ‘degil’, lama-kelamaan mereka akan mula percaya bahawa sikap tersebut adalah sebahagian daripada diri mereka.

6. Bahasa Tubuh (Body Language)

Bahasa tubuh seperti anggukan kepala, thumbs up, atau tepukan pada bahu misalnya adalah antara bahasa tubuh yang positif dan boleh memberi impak kepada sesebuah komunikasi. Marah macam mana sekalipun, sentiasalah yakinkan anak bahawa anda akan tetap menyayangi mereka.

Cara ini bukan saja menandakan anda mendengar secara aktif apa yang mereka katakan, ia juga memberi galakan kepada anak untuk berkongsi isi hati mereka tanpa mencelah dengan sebarang kata-kata.

7. Jarak Bercakap Dengan Anak

Jika anak masih kecil, penting untuk kita bercakap dalam jarak sekitar 1-2 kaki sahaja. Apabila anak semakin besar, jarak ini akan bertambah sedikit demi sedikit kerana kebolehan mereka untuk memberi perhatian juga semakin bertambah.

8. Hindarkan Anak Dari Gangguan

Elakkan bercakap dengan anak dalam keadaan sekeliling yang terganggu atau bising seperti bunyi alunan muzik, televisyen, suara orang ramai contohnya akan menyebabkan anak anda tidak dapat bertenang dan memberikan perhatian terhadap arahan atau mesej positif yang cuba disampaikan.

Selain itu, cuba berhenti melakukan apa-apa kerja dan fokus semasa bercakap dengan anak kerana pergerakan ibu bapa yang tidak diterhadkan juga boleh menghalang penyampaian mesej serta respon daripada anak.

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda