Foto: Tangkap layar TikTok
Sebuah video yang tular di media sosial memaparkan seorang kanak kanak bernama Iqbal membuka warung kecil menjual minuman demi satu impian yang cukup besar, iaitu untuk mengumpul wang menunaikan ibadah umrah.
Advertisement
'Warung' ringkas itu mungkin tidak seberapa, namun niat yang tersimpan di sebaliknya telah menyentuh hati ramai hingga mencetuskan gelombang sokongan dan doa daripada orang ramai.
Kanak kanak tersebut dilihat menyediakan minuman dan melayan pelanggan dengan penuh tertib. Apa yang lebih menyentuh perasaan, dia dengan jujur memberitahu bahawa hasil jualan itu disimpan sedikit demi sedikit bagi merealisasikan impiannya ke Tanah Suci.
Keikhlasan itu membuatkan ramai tersenyum dan dalam masa yang sama sebak. Hak ini kerana Iqbal memberitahu bahawa dia bersama ibunya akan mengerjakan ibadah umrah tidak lama lagi iaitu pada tahun hadapan.
Kesungguhan Dan Didikan Yang Membentuk Jiwa
Pada usia yang masih muda, kesungguhan kanak kanak ini jelas terserlah. Dia tidak meminta simpati, sebaliknya berusaha dengan cara sendiri untuk mencapai cita cita. Ramai netizen melihat sikap berdikari ini sebagai hasil didikan keluarga yang menanam nilai usaha, kesabaran dan keikhlasan sejak kecil.
Rata rata yang menonton video tersebut mengakui tersentuh melihat keazamannya. Ada yang menyatakan bahawa bukan mudah bagi kanak kanak seusia itu memahami nilai ibadah dan pengorbanan, apatah lagi berusaha mengumpul wang sendiri. Namun kisah ini membuktikan bahawa impian yang lahir daripada hati yang ikhlas mampu mendorong seseorang berusaha tanpa mengenal penat.
@qilah_hashim_ #umrah2026 #airbalangviral #usahawanmuda #airbalang #misiumrahiqbal ♬ suara asli - Titomunandar
Doa Dan Sokongan Yang Mengiringi Langkah Kecil
Tularnya video tersebut mengundang pelbagai reaksi positif. Ruangan komen dipenuhi doa agar impian kanak kanak itu dipermudahkan dan suatu hari nanti menjadi kenyataan. Ada juga yang menyatakan hasrat untuk datang menyokong jualannya, bukan semata mata untuk membeli minuman, tetapi sebagai tanda sokongan moral.
Bagi ramai netizen, kisah ini menjadi peringatan bahawa usaha kecil yang dilakukan dengan niat yang besar mampu memberi kesan luar biasa. Ia bukan sekadar tentang mengumpul wang, tetapi tentang nilai kesungguhan, keikhlasan dan keyakinan bahawa setiap impian boleh dicapai dengan usaha dan doa.
Kisah kanak kanak ini akhirnya menjadi sumber inspirasi, bukan sahaja kepada golongan dewasa, tetapi juga kepada ibu bapa dan anak anak, bahawa impian yang suci mampu bermula daripada langkah yang paling sederhana.
Sumber: TikTok