Walaupun mengalami masalah penglihatan iaitu mata kanan tidak berfungsi, tidak sesekali melunturkan semangat seorang ibu tujuh anak untuk memperoleh ijazah Doktor Falsafah (PhD). Norhayati Sambak, 52, berkata meskipun mengambil masa selama enam tahun, beliau bersyukur

Norhayati Sambak, 52, berkata meskipun mengambil masa 6 tahun, beliau bersyukur dapat menghabiskan pengajiannya dalam bidang perakaunan di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Beliau yang juga merupakan pensyarah di UiTM Kelantan ini menjelaskan yang anak-anak dan suami adalah pembakar semangatnya untuk mengambil PhD.
Advertisement
Norhayati turut menyatakan beliau pernah juga pernah mahu berputus asa, pernah rasa mahu jual tanah untuk bayar semula biasiswa dan pada satu tahap, beliau rasa macam sudah tak nampak hala tuju kerana tiada hasil. Beliau turut bersyukur kerana ramai penyelia menjadi tulang belakangnya.

Norhayati kini terpaksa menggunakan kanta pembesar bagi menjalani kehidupan seharian selepas mata kirinya pula menghidap lekangan retina, namun itu tidak memadamkan cita-citanya untuk meraih skrol PhD.
Wanita cekal yang telah menghasilkan 2 buku berkaitan kewangan ini turut dibantu staf UiTM mendapatkan suaminya selepas majlis memandangkan penglihatannya yang sangat minimum membantutkan pergerakannya.
Sumber : BERNAMA