Skip to main content

Advertisement

Berita

Ibu Redha Akan Pemergian Anak

Pada tanggal 29 Oktober 2021 yang lalu, Muhammad Iman Aqmar dilaporkan hilang dalam perjalanan pulang ke tempat kerjanya di Kemaman, Terengganu. Sebelum tragedi tersebut berlaku, mangsa sempat singgah ke kampung halamannya sebelum hilang tanpa dikesan dalam perjalanan pulang.

 

Advertisement

ibu redha akan pemergian anak

Kenderaan yang dinaiki mangsa telah ditemui seorang warga emas kira-kira jam 11 pagi apabila lelaki tersebut bertindak mengalihkan besi dari jalan ke Sungai Api-Api di Nenasi, Pekan, Pahang. Menurut Polis Pahang, kenderaan MPV tersebut dilaporkan terjunam ke dasar sungai sekaligus mengorbankan mangsa.

 

ibu redha akan pemergian anak

Ketika artikel ini ditulis, mayat mangsa sudah pun selesai dikafankan dan disolatkan di Hospital Kuantan, Pahang. Jenazah mangsa sudah pun dibawa pulang ke Pasir Gudang dan dikebumikan di Kampung Pasir Putih Pasir Gudang.

Pada mulanya, Azmawati Ab Kadir (Ibu mangsa) berasa sungguh terbeban dengan kehilangan anaknya yang berlaku secara tiba-tiba. Apabila mayat yang ditemui itu disahkan sebagai anaknya, Azmawati kini mampu menghela nafas lega dan redha akan ketentuan yang menimpa keluarganya.

"Lapang sangat, beban kalau tak terfikir-fikir mana anak aku? Kalau hujan macam sekarang ini saya akan fikir abang kat mana ye?

"Ni saya sudah tahu dia ada sini, Sang Pencipta dia sudah ambil, saya reda,"

Tambah tragis, Allahyarham Muhammad Irman sepatutnya melangsungkan pernikahan dengan tunangnya pada Disember yang lalu. 

Namun, takdir yang tertulis bukan untuk mereka.

 

Sumber: Astro Awani

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda