Ibu bapa kepada seorang remaja berusia 14 tahun tidak keruan apabila menyedari anaknya hilang di rumah.
Anak lelakinya, Syawal difahamkan memberi alasan tidak sihat sebagai helah tidak mahu ke sekolah rupa-rupanya dia pergi melepak di rumah kawannya semata-mata untuk bermain permainan video ‘game’ PS2.
Advertisement

Dia dikatakan keluar dari kediaman keluarga sejak 5 November lalu ditemui berada di rumahnya di Kampung Melayu di Kluang.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, Superintenden Nik Mohd Azmi Husin, pihaknya memaklumkan ibu bapanya menyedari keberadaan remaja terbabit kira-kira pukul 3.30 pagi semalam.
“Ketika ditanya oleh ibunya, remaja berkenaan menyatakan dirinya pergi ke rumah kawan yang juga di Kampung Melayu untuk melepak dan bermain permainan PS2.
“Remaja berkenaan turut menyatakan dirinya ada pulang ke rumah dalam tempoh lima hari itu ketika kedua ibu dan bapanya tiada di rumah untuk makan dan mandi sebelum keluar semula ke rumah kawannya itu.
“Pengadu yang juga ibunya kemudiannya datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang untuk menarik semula laporan selepas mendapati anaknya dalam keadaan baik dan tiada apa-apa yang mencurigakan,” katanya.
Sumber: Kosmo Online