Masa kini, terlalu banyak kes-kes penceraian dan salah satu punca adalah orang ketiga atau dikenali sebagai home-wrecker.
Mungkin tak ramai yang tahu sebenarnya terdapat akta di bawah undang-undang Islam yang boleh mendakwa akan orang ketiga dalam sesebuah perhubungan yang sah.
Advertisement
Malah, jika disabitkan kesalahan, orang ketiga ini boleh dipenjara atau dibayar didenda mengikut akta syariah negeri masing-masing.
Berikut adalah akta yang menyabitkan orang ketiga dalam rumah tangga mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997.
- Seksyen 37 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 orang ketiga adalah merujuk kepada mana-mana orang yang menghalang sesuatu pasangan sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri.
- Seksyen 38 akta sama pula menyatakan mana-mana orang yang menghasut, memaksa atau memujuk lelaki atau orang perempuan supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan dan tanggungjawabnya sebagai suami atau isteri adalah suatu kesalahan.
- Seksyen 32, 33 dan 34 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995. Mana-mana pihak yang memujuk lari suami atau isteri, mana-mana pihak menghalang suami isteri menjalankan tanggungjawab dan mana-mana pihak menghasut memujuk suami isteri supaya bercerai atau mengabaikan tanggungjawab dalam rumah tangga boleh dikenakan denda sehingga RM5,000 atau dipenjara sehingga tiga tahun, jika sabit kesalahan.