Skip to main content

Advertisement

Berita

Harus Mengambil Vaksin Kerana Lima Kriteria Ini- Mufti Wilayah Persekutuan

harus mengambil vaksin kerana lima kriteria ini- mufti wilayah persekutuan

Isu vaksin bukanlah satu isu yang baru. Namun baru-baru ini isu itu telah kembali viral apabila suara-suara anti-vaksin mula mengambil tempat dalam kalangan masyarakat.

Advertisement

Ada yang menggunakan hujah dari segi kesihatan dan tak kurang juga yang menggunakan hujah dari segi agama.

Berdasarkan bayyan linnas siri 59, Mufti Wilayah Persekutuan telah mengeluarkan hukum Harus untuk seseorang itu mengambil atau menyuntik vaksin atas 5 kriteria berikut.

  • Berlakunya keperluan yang mendesak.
  • Ianya telahpun ditestimonikan dapat memberikan kesan yang baik.
  • Elakkan bahan yang bersifat najis kecuali jika dalam keadaan terpaksa.
  • Sifat sebagai pengawalan daripada penyakit adalah telah terbukti.
  • Tiada kesan sampingan dan mudharat yang lebih besar berlaku kepada mereka yang disuntik dengan vaksin.

Jika ingin maklumat lanjut, boleh lah anda layari website mufti wilayah persekutuan

Sumber: Pejabat mufti Wilayah Persekutuan

 

 

 

 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda