
Foto Hiasan
Advertisement
Dalam dunia moden hari ini, tatoo sering dianggap sebagai satu bentuk ‘self-expression’ atau lambang keberanian, kenangan dan identiti diri. Namun, dalam pandangan Islam, tatoo bukan sekadar “lukisan pada kulit”. Ia menyentuh hukum yang jelas dan haram dilakukan, sama ada oleh tukang lukis tatoo mahupun orang yang dicacah tatoo.
Rasulullah SAW bersabda:
"Nabi SAW melaknat orang yang membuat tatoo dan orang yang meminta dirinya ditatoo."
(Riwayat al-Bukhari no. 5931, Muslim no. 2124)
Dan dalam satu lagi hadis, Baginda SAW bersabda:
"Allah melaknat wanita-wanita yang membuat tatoo dan yang meminta dirinya ditatoo, yang mencabut bulu kening dan yang menjarangkan gigi untuk kecantikan kerana mereka mengubah ciptaan Allah."
(Riwayat al-Bukhari no. 5931)
Kenapa Islam Melarang Tatoo?
- Mengubah ciptaan Allah - Tubuh manusia adalah anugerah suci yang tidak boleh diubah sesuka hati
- Mudarat kepada Kesihatan - Proses tatoo melibatkan jarum dan dakwat yang disuntik ke dalam kulit, boleh menyebabkan jangkitan, alahan dan penyakit berbahaya.
- Menghilangkan kesucian tubuh - Tinta kekal dalam kulit menghalang kebersihan sempurna untuk wuduk dan mandi wajib.
Kalau dah pernah buat, apa yang perlu dilakukan? Ingatlah bahawa pintu taubat sentiasa terbuka luas.

Foto Hiasan
- Bertaubat nasuha diiringi menyesali perbuatan itu, berhenti serta-merta dan berazam tidak mengulanginya.
- Jika tatoo boleh dihapus tanpa mudarat besar, usahakan untuk buang sebagai tanda penyesalan dan penghormatan kepada tubuh.
- Perbanyakkan amal soleh, doa dan istighfar kerana Allah Maha Pengampun.
Keindahan sebenar bukan pada lukisan di kulit, tetapi pada jiwa yang tunduk kepada perintah Allah. Tubuh ini amanah untuk kita, maka jagalah ia sebaik-baiknya.