Setiap tibanya Syawal, antara persoalan yang akan muncul adalah hukum sebenar menziarahi pusara. Memandangkan ada yang menjadikan ini sebagai tradisi dan amalan turun temurun sehingga ada pihak yang menyatakan wajib untuk menziarahi kubur pada 1 Syawal terutamanya.
Jadi, berdasarkan website Ulama Sedunia terdapat dua hukum. Berikut adalah penjelasan ringkas berkenaan hal ini:
Advertisement
Pertama: Hukumnya adalah makruh dan tidak dibenarkan dan tidak digalakkan bahkan ia dianggap bidaah. Ini kerana tiada nas yang menunjukkan Rasulullah SAW menziarahi kubur pada hari raya. Bahkan Baginda SAW melayani tetamu dan saling kunjung mengunjungi antara satu sama lain bagi menzahirkan kegembiraan.
Kedua: Hukumnya adalah harus. Ini kerana tidak ada perintah dan larangan secara khusus di samping mengambil pendapat umum berkenaan dengan perintah ziarah kubur. Justeru hukumnya adalah dibolehkan. Antara ulama yang berpendapat hukumnya sunat adalah dalam Fatawa al-Hindiyyah yang menyebut:Sebaik hari ziarah kubur antaranya hari raya.Lihat al-Fatawa al-Hindiyyah (6/350) Ini merupakan fatwa dalam mazhab Hanafi
Sumber: Ulama Sedunia