Ada yang masih tertanya-tanya apakah hukum mempersendakan ayat suci Al-Quran terutamanya di platform digital seperti media sosial.
Mempersendakan ayat Al-Quran di media sosial yang dimaksudkan adalah apabila seseorang berdalilkan ayat Al-Quran, mereka mempersendakan dan buat main-main terhadap ayat tersebut.
Advertisement

Apakah hukumnya?
Hukum orang Islam mempersendakan ayat atau surah Al-Quran di dunia ini ialah menjadi kafir dan di akhirat nanti disediakan baginya azab yang sangat pedih.


Jadi jelaslah bahawa orang-orang yang mempersendakan ayat-ayat Allah di dunia akan menerima balasan di akhirat kelak.

Semoga kita sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT dan menjauhi perkara-perkara mungkar.
Sumber: akuislam.com