Skip to main content

Advertisement

Berita

Kenapa Perempuan Perlu Rapatkan Saf? Ini Rahsia & Berkat Yang Ramai Tak Tahu!

kenapa perempuan perlu rapatkan saf? ini rahsia & berkat yang ramai tak tahu!

Foto Hiasan

Advertisement

Pernah rasa sakit hati bila kita minta sesuatu yang mudah je, contohnya minta orang penuhkan saf dalam solat berjemaah, tetapi yang jadi…orang yang ditegur buat muka masam, bisik-bisik dengan kawan, tetapi tetap buat keras kepala? Memang rasa macam nak tarik je telekung dia!

kenapa perempuan perlu rapatkan saf? ini rahsia & berkat yang ramai tak tahu!

Foto: X

Situasi macam ni sebenarnya ada hikmahnya. Salah satu sebab perempuan digalakkan solat di rumah adalah untuk elak tekanan emosi atau gangguan yang boleh mengurangkan kekhusyukan solat. Bayangkan, kita datang nak dekat dengan Allah, tetapi orang sekeliling buat muka pelik atau bisik-bisik. Memang mood kita akan hilang terus. Dan bagi yang berjemaah di masjid, ada hadis yang menekankan kepentingan merapatkan saf:

Rasulullah S.A.W bersabda:

“Rapatkanlah saf-saf kalian, kerana rapatnya saf akan menyebabkan turunnya keberkatan.”

(HR. Bukhari dan Muslim)

Maknanya, bila saf rapat, bukan sekadar cantik dan teratur, tetapi ada keberkatan dan pahala besar menanti. Jadi, bila ada orang buat keras kepala atau tak ikut, jangan cepat sakit hati. Allah beri peluang untuk kita lebih fokus kepada ibadah, sama ada di rumah atau di saf berjemaah masjid.

Jangan kecil hati apabila keadaan luar tak mengikut kehendak kita. Kadang-kadang, hikmah sebenar adalah untuk kita lebih dekat dengan-Nya dan merasakan tenangnya solat.

 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda