Skip to main content

Advertisement

Berita

Disebabkan Tidak Diberi Peluang Kedua, Bekas Kekasih Gigit Hidung Sehingga Putus

hidung digigit bekas kekasih sehingga putus sebab tak beri peluang kedua untuk buktikan cinta

Disebabkan terlalu kecewa teman wanita tidak memberinya peluang kedua, lelaki ini bertindak luar kawalan dengan mengigit hidung wanita itu sehingga putus.

Advertisement

Kejadian tersebut berlaku di Chandkheda, Ahmedabad, India pada Jumaat yang lalu. Berdasarkan laporan polis, Manur Parmar yang berusia 24 tahun bercerita, dia ditangani bekas teman lelakinya itu secara tiba-tiba.

Dikatakan kejadian tersebut berlaku pada 12 April yang lalu. Ceritanya bermula apabila si mangsa dalam perjalanan pulang ke tempat kerja dari bilik air.

Tiba-tiba si lelaki yang dikenali sebagai Keshavlal menyerang si mangsa mengharapkan simpati. Namun, si mangsa terus berterus terang kepadanya untuk tidak mempunyai apa-apa hubungan lagi.

Akibat marah dengan tindakan wanita tersebut, si lelaki terus mengigit hidung si mangsa sehingga terputus menyebabkan kecederaan agak parah.

Sumber: Astro Awani

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda