Skip to main content

Advertisement

Berita

Henry Golding Jadi Rakyat Malaysia Pertama Menjadi Tetamu Jemputan Untuk Program The Ellen Show

henry golding jadi rakyat malaysia pertama menjadi tetamu jemputan untuk program the ellen show

Aktor Henry Golding berasa teruja dan masih lagi tidak percaya selepas menjadi rakyat Malaysia pertama yang menjadi tetamu jemputan untuk program temubual yang popular di seluruh dunia iaitu The Ellen Show.

Advertisement

Dia dijemput bagi berkongsi tentang pengalamannya yang terlibat dalam filem terbaru berjudul Crazy Rich Asians serta digandingkan bersama seorang lagi pelakon iaitu Constance Wu.

 “Satu pengalaman yang ibarat mimpi dan sangat ‘gila’. Ini seperti tidak masuk akal.

“Jangan lupa sebarkan ‘trailer’ Crazy Rich Asians yang akan dilancarkan nanti,” katanya di Instagram.

Pelakon kacukan Iban-Inggeris itu dipilih untuk menerajui filem yang diadaptasi dari novel Crazy Rich Asians yang diarahkan oleh John M Chu. Filem tersebut bakal menemui penonton pada 17 Ogos ini. Henry Golding juga turut berganding dengan aktres popular seperti Blake Lively dan Anna Kendrick dalam filem A Simple Favor.

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda