
1 Mei yang lalu perginya seorang ilmuwan negara yang amat disegani, Datuk Seri Abu Hassan Din Al Hafiz.
Advertisement
Sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir, arwah sempat hadir ke Surau An-Nur Fasa 3A, Bandar Seremban Selatan untuk memberikan kuliah. Biarpun tajuk kuliah berbunyi ‘Andainya Ini Ramadan Terakhir, namun arwah banyak memberi pesanan kepada jemaah jangan sesekali meninggalkan solat.
Imam II surau ttersebut, Zolkepli berkata arwah berpesan kepada jemaah jangan meninggalkan solat walaupun sekali. Arwah juga berkata orang yang tidak solat tidak menerima apa-apa biarpun ahli keluarganya mengadakan majlis tahlil.
Arwah Hassan Din dilaporkan terjatuh ketika hendak memakai seluar bagi menunaikan solat subuh. Beliau disahkan meninggal sekitar jam 7:30 pagi selepas sejam diberikan alat bantuan pernafasan.
Salam takziah dari kami di ZAYAN buat seluruh keluarga arwah Hassan Din.