
Pada 1 Feb lepas kita menyambut World Hijab Day yang menyambutkan kewibawaan wanita berhijab.
Advertisement
Hari Kanser Sedunia yang dianjurkan setiap tahun pada 4 Februari adalah inisiatif penyatuan global yang diketuai oleh Union for International Cancer Control (UICC).

Kempen ini dapat meningkatkan kesedaran di seluruh dunia, meningkatkan pendidikan tentang kanser. Ditubuhkan pada tahun 2000, Hari Kanser Dunia telah berkembang menjadi pergerakan positif untuk semua orang di seluruh dunia menyatukan suara untuk menghadapi cabaran kanser.
Hari Kanser Sedunia tahun ini bertemakan #IAmAndIWill, iaitu “Saya Akui dan Saya Akan”. Mesej yang cuba disampaikan dengan tema tahun ini adalah perakuan kita sebagai orang umum apa yang kita boleh lakukan dan apa yang kita akan lakukan bagi mencorak langkah kepada masyarakat tentang penyakit ini supaya dapat melaksanakan langkah pengesanan awal dan membantu kajian tentang penyakit kanser ini.
Sumber: World Cancer Day