Foto: Threads
Niat seorang wanita untuk berangkat menunaikan umrah bertukar menjadi momen menghiburkan apabila hantaran ringkasnya di Threads mendapat balasan yang tidak disangka-sangka daripada pendakwah terkenal dunia, Mufti Menk.
Advertisement
Menerusi perkongsian tersebut, Anum Aharun atau nama akaunnya @dayngnoranum memaklumkan dia bakal berlepas ke Tanah Suci sambil mengambil kesempatan memohon maaf kepada semua sekiranya pernah melakukan kesalahan, sama ada secara sedar mahupun tidak.
“I’m departing for Umrah today. Before I go, I sincerely seek forgiveness from everyone for any wrongdoings, intentional or unintentional. Please remember me in your duas,” tulisnya.
Bagaimanapun, suasana jadi lain macam apabila Mufti Menk tiba-tiba muncul di ruangan komen dengan satu jawapan yang sangat ringkas, tetapi cukup ‘padu’.
“Forgiven.”
Balasan itu membuatkan ramai tergelak, termasuk Dayang sendiri yang jelas tidak menjangka interaksi tersebut berlaku.
“Ya Allah 😭 syukran jazakallah khair,” balasnya sambil meluahkan rasa terharu.
Tidak cukup dengan itu, netizen pula mengambil peluang menyelitkan gurauan yang membuatkan ruangan komen semakin meriah. Seorang pengguna berseloroh sambil bertanya.
“Ada buat salah ngan Mufti Menk ke kak 🤣🤣🤣🤭”
Gurauan spontan itu pantas mencuri perhatian dan mencetuskan gelak ketawa, malah ada yang berseloroh menyifatkan Dayang sebagai individu paling ‘legend’ hari itu kerana mendapat ‘keampunan ekspres’ sebelum berangkat ke Tanah Suci.
Di sebalik suasana santai dan lucu, ramai juga tidak ketinggalan menitipkan doa agar urusan umrah Dayang dipermudahkan serta ibadahnya diterima. Apa yang bermula sebagai hantaran biasa akhirnya bertukar menjadi momen manis, menghiburkan dan cukup ‘wholesome’ untuk menceriakan garis masa netizen.
Sumber: Threads