Skip to main content

Advertisement

Berita

Hampir 20% Kes Jenayah Seksual Kanak-Kanak Berlaku Di Sekolah

hampir 20% kes jenayah seksual kanak-kanak berlaku di sekolahFoto sekadar hiasan

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang‑Undang dan Reformasi Institusi), M. Kulasegaran, memaklumkan bahawa sebanyak 3,093 kes jenayah seksual.

Advertisement

Kes ini melibatkan individu di bawah umur 18 tahun direkodkan antara 2023 hingga Oktober 2025. Daripada jumlah itu, 608 kes atau hampir 20 peratus berlaku di sekolah, lokasi yang sepatutnya selamat bagi kanak-kanak.

Beliau memecahkan statistik mengikut tahun, iaitu 1,160 kes pada 2023, 1,041 kes pada 2024 dan 892 kes bagi Januari hingga Oktober 2025.

Bagi menangani isu ini, Kementerian Pendidikan menubuhkan Jawatankuasa Khas Reformasi Keselamatan Institusi Pendidikan, melibatkan pakar akademik, agensi kerajaan dan NGO.

Antara langkah yang diambil termasuk audit keselamatan di 1,253 sekolah, peruntukan RM3 juta untuk pemasangan CCTV di 200 sekolah, tambahan RM5 juta serta pelantikan 600 pembantu warden asrama bagi meningkatkan pemantauan di kawasan berisiko.

M. Kulasegaran turut menegaskan bahawa semua pihak termasuk guru, ahli keluarga dan komuniti perlu bekerjasama dalam pengesanan serta pelaporan kes jenayah seksual kanak-kanak. Mereka yang mengetahui insiden tetapi gagal melaporkan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Sumber: Malaysiakini

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda