Skip to main content

Advertisement

Berita

Hampir 2,000 Tahanan Palestin Dibebaskan Dalam Rundingan Pertukaran Tebusan

hampir 2,000 tahanan palestin dibebaskan dalam rundingan pertukaran tebusanFoto: Facebook

Seramai 1,966 tahanan Palestin dilaporkan mula menaiki bas bagi proses pembebasan dari penjara Israel, menurut seorang pegawai yang terlibat secara langsung dalam operasi berkenaan.

Advertisement

Daripada jumlah itu, 250 tahanan merupakan banduan yang disabitkan atas kesalahan berkaitan keganasan dan dijangka dibebaskan dari Penjara Ofer di Tebing Barat. Namun pembebasan mereka hanya akan dilaksanakan selepas baki tebusan Israel yang masih ditahan Hamas di Gaza diserahkan sepenuhnya.

Media Arab turut melaporkan pasukan Bulan Sabit Merah Palestin telah memasuki Penjara Ofer untuk memindahkan seorang tahanan keselamatan yang sakit dan termasuk dalam senarai pembebasan hari ini.

Sementara itu, 1,718 lagi tahanan dari Gaza yang ditahan sepanjang tempoh perang dibebaskan dari Penjara Ketziot di selatan Israel dan akan dihantar pulang ke Semenanjung Gaza.

Setibanya di sana, kesemua mereka dijangka dibawa ke Hospital Nasser di selatan Gaza untuk pemeriksaan kesihatan dan proses lanjut.

Rakaman langsung agensi Reuters menunjukkan suasana di perkarangan Hospital Nasser dipenuhi penduduk tempatan yang menantikan ketibaan para tahanan. Beberapa anggota bersenjata berpakaian hitam dan bertopeng dipercayai daripada sayap bersenjata Hamas turut dilihat berkawal di kawasan itu.

Pembebasan besar-besaran ini berlangsung seiring dengan rundingan pertukaran tebusan yang sedang berjalan antara Israel dan Hamas, dalam usaha meredakan ketegangan yang telah berlarutan sejak konflik meletus beberapa bulan lalu.

Sumber: Astro AWANI

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda