Skip to main content

Advertisement

Berita

Hamas Janji Bebaskan Tawanan Sekiranya Israel Patuh Gencatan Senjata

hamas janji bebaskan tawanan sekiranya israel patuh gencatan senjata

Foto: Berita Harian

Advertisement

Kumpulan Pejuang Palestin, Hamas berkata pada Khamis bahawa mereka sedia untuk menyambung semula pembebasan tawanan.

Memetik laporan Bernama, pembebasan seterusnya akan berlaku pada Sabtu sekiranya Israel mematuhi syarat perjanjian gencatan senjata Gaza.

"Israel melanggar perjanjian itu berkali-kali, sama ada dengan menghalang kepulangan orang yang dipindahkan atau menyekat kemasukan bantuan kemanusiaan.

"Jika Israel tidak mematuhi syarat perjanjian, proses pertukaran tawanan tidak akan berlaku," kata jurucakap Hamas Abdul Latif al-Qanoua.

Dalam pada itu, Hamas berkata ia akan membebaskan tawanan Israel seperti yang dirancang di bawah perjanjian gencatan senjata Gaza.

Dalam satu kenyataan, kumpulan itu berkata langkah itu diambil selepas perbincangan dengan pengantara Mesir dan Qatar, yang berjanji untuk berusaha ‘menghapuskan halangan dan merapatkan jurang’ sesuai dengan perjanjian yang ditandatangani, termasuk pertukaran tawanan mengikut jadual yang ditetapkan.

Susulan daripada itu, kumpulan Palestin itu berkata pada Isnin yang ia akan menangguhkan pembebasan tebusan seterusnya sebagai tindak balas kepada pelanggaran Israel terhadap perjanjian gencatan senjata.

Pihak berkuasa Palestin telah bertindak menyenaraikan beberapa siri pelanggaran Israel terhadap perjanjian itu, termasuk menembak orang awam dan menyekat akses kepada barangan bantuan, seperti khemah dan karavan, bagi orang awam yang dipindahkan di Gaza.

Walaupun begitu, Hamas berkata bahawa delegasi yang diketuai oleh pemimpinnya di Gaza, Khalil al-Hayya mengadakan perbincangan dengan pengantara Mesir dan Qatar untuk membincangkan pelaksanaan perjanjian gencatan senjata.

"Delegasi kami menumpukan dalam mesyuarat dan komunikasi mengenai keperluan untuk mematuhi dan melaksanakan semua syarat perjanjian, terutamanya dalam mendapatkan perumahan untuk rakyat kami dan memastikan penghantaran segera karavan, khemah, peralatan berat, bekalan perubatan, bahan api dan aliran berterusan bantuan dan semua peruntukan yang dinyatakan dalam perjanjian itu." ujarnya.

Perbincangan tersebut menandakan semangat positif sementar pengantara Mesir dan Qatar pula mengetengahkan keperluan untuk terus berusaha menghapuskan halangan dan merapatkan jurang,

Sumber: Bernama

 

 

 

 

 

 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda