Skip to main content

Advertisement

Berita

Halal Malaysia Diiktiraf Dunia

JAKIM selaku peneraju halal dunia, diberi penghormatan untuk menyampaikan ucapan dalam Forum Kazan bersempena Pameran Industri Halal Antarabangsa Rusia Pasar Halal yang diadakan di Taman Agro-Industri "Kazan" dari 17 Mei hingga 21 Mei.

348552908_602273058545756_3838964206639052243_n.jpeg

Dato’ Dr Sirajuddin Suhaimee, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM hadir mewakili JAKIM bersama Ustaz Iszam Padil, Sekretariat Majlis Halal Malaysia JAKIM.

Advertisement

Pameran ini turut dihadiri oleh  Rais Republik Tatarstan, Rustam Minnikhanov, Datuk Bandar Kazan, Republik Tatarstan, Ilsu Metshin dan Sahibus Samahah Mufti Republik Tatarstan, Kamil Khazrat Sumigullin.

348341159_743869764194100_1309168498166103973_n.jpeg

Sebanyak 100 pengeluar terbesar produk halal (makanan, kosmetik, pakaian, aksesori dan barangan isi rumah) mengambil bahagian dalam pameran itu. 

Ia adalah peluang yang baik bukan sahaja untuk merasai dan membeli produk, yang mematuhi sepenuhnya piawaian Halal, tetapi juga untuk mewujudkan hubungan perniagaan yang berkualiti tinggi.

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda