Najwa Qistina Za’im menceritakan rutinnya menghafal dan memahami al-Quran selama 20 jam membolehkan dia menguasai 14 juzuk dalam masa 45 hari.
Dia yang menyertai Program Tahfiz Integrasi An Nur (PTI) berkata dan yakin akan mampu menghaal semua juzuk di dalam al-Quran menjelang hujung bulan depan.
Advertisement
Najwa bercerita, rutin mereka bermula seawal jam 4:40 pagi setiap hari sehinggalah lewat tengah malam. Antara aktiviti yang dilakukan adalah ibadah-ibadah sunat termasuk qiamullail sebelum memulakan aktiviti hafalan.
“Kami juga diberi motivasi untuk menguatkan semangat dari semasa ke semasa kerana tanpa keyakinan dengan kemampuan diri, sasaran menghafal al-Quran dalam tempoh tiga bulan kelihatan mustahil,” katanya.
Najwa Qistina merupakan anak kedua daripada empat adik beradik telah menerima Anugerah Mumtaz Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Terbaik 2018 serta Anugerah Tokoh Pelajar Maahad Johor.
Sumber: Berita Harian