Skip to main content

Advertisement

Berita

Guru Ini Kendong Anak Muridnya Seorang Demi Seorang

guru ini kendong anak muridnya seorang demi seorang

Sumber dari Harian Metro

Advertisement

Tular di laman sosial gambar yang tertera di atas yang menyaksikan seorang guru mengendong anak muridnya apabila sekolah mereka dilanda banjir. Dikhabarkan guru tersebut yang bernama Farra Norashikin Juhari yang merupakan guru pendidikan jasmani Sekolah Kebangsaan Haji Abu Bakar, Lepai, Alor Setar, Kedah berkata bahawa beliau menggendong lima anak murid sekolahnya kerana khuatir anak muridnya bermain air banjir berikutan ada guru yang ternampak ular berkeliaran di sekolah.

guru ini kendong anak muridnya seorang demi seorang

Kerana risau ada di antara anak muridnya yang kembali ke kelas tersebut kerana tertinggal bekalan makanan dan wang dalam kelas, beliau menawarkan diri menggendong lima murid dari tempat berkumpul ke kelas meeka yang terletak hanya puluhan meter sahaja.

guru ini kendong anak muridnya seorang demi seorang

Meskipun ada kanak-kanak yang malu bila cikgu mereka menggendong mereka, Cikgu Farra Norashikin menegaskan bahawa keadaan ketika itu sudah darurat dan beliau tidak mahu ada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku kepada mereka.

Apa pun kami di Zayan memuji tindak tanduk yang dilakukan oleh Cikgu Farra ini . #IndahDihati

Dengarkan Zayan menerusi online di dengar.zayan.my

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda