Skip to main content

Advertisement

Berita

Gempa 6.2 magnitud landa Indonesia, gegaran dirasai hingga ke Malaysia

gempa 6.2 magnitud landa indonesia, gegaran dirasai hingga ke malaysia

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi berskala 6.2 berlaku di Pekan Baru, Indonesia.

Advertisement

Ia disahkan Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) Indonesia melalui satu ciapan di Twitter.

Gempa berlaku pada 17 km ke timur laut Pasaman Barat pada kedalaman 10 kilometer. 

Bagaimanapun ia tidak berpotensi menyebabkan tsunami.

Gegaran turut dirasai di beberapa kawasan di Lembah Klang, termasuk Kuala Lumpur, Port Klang dan Cyberjaya.

Ia turut dikongsikan warga media sosial.

Sumber asal : www.astroawani.com/berita-malaysia/gempa-62-magnitud-landa-indonesia-gegaran-dirasai-hingga-ke-malaysia-348556

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda