Skip to main content

Advertisement

Berita

Dunia Runtuh, Tetapi Tawa Kanak-Kanak Tidak Akan Pernah Hilang

dunia runtuh, tetapi tawa kanak-kanak tidak akan pernah hilang

Foto Hiasan

Advertisement

Kanak-kanak memiliki satu kekuatan yang sering dipandang remeh iaitu daya tahan emosi yang luar biasa. Dalam dunia mereka, permainan bukan sekadar hiburan, tetapi satu cara untuk terus hidup, memahami realiti dan memulihkan diri. Walau dalam keadaan paling sukar sekali pun, kanak-kanak tetap tahu satu perkara iaitu cara untuk bermain.

dunia runtuh, tetapi tawa kanak-kanak tidak akan pernah hilang

Di banyak wilayah konflik dan bencana, termasuk Gaza, kita sering melihat pemandangan yang menyentuh hati namun kanak-kanak tetap ketawa, berlari dan bermain di celah runtuhan bangunan. Bagi orang dewasa, ia mungkin kelihatan mustahil. Namun bagi kanak-kanak, bermain adalah bahasa semula jadi mereka untuk menghadapi trauma dan ketakutan.

Perkara yang sama dapat dilihat di Aceh selepas banjir melanda. Di tengah-tengah lumpur tebal, rumah yang rosak dan kehidupan yang terjejas, kanak-kanak masih berlari tanpa kasut, mencipta permainan sendiri, menjadikan lumpur sebagai taman permainan sementara. Tangan dan kaki kotor bukan penghalang sebaliknya, ia menjadi sebahagian daripada kegembiraan mereka.

 

 

Fenomena ini bukan tanda mereka tidak memahami kesedihan atau bahaya di sekeliling. Sebaliknya, ia membuktikan kekuatan dalaman kanak-kanak. Bermain membantu mereka melepaskan tekanan, membina semula rasa selamat dan mengekalkan harapan. Ia adalah mekanisme semula jadi untuk terus bernafas dalam dunia yang belum ramah kepada mereka.

Bagi kita yang dewasa, pemandangan ini membawa satu pengajaran besar iaitu ketabahan tidak selalu hadir dalam bentuk air mata atau keheningan, tetapi kadangkala dalam bentuk tawa kecil bermain bersama rakan-rakan. Di sebalik bencana, kanak-kanak mengingatkan kita bahawa harapan boleh tumbuh di mana-mana.

Selagi mereka boleh bermain, selagi itulah kehidupan terus bergerak ke hadapan. Dan dalam ketawa kanak-kanak itu, tersimpan satu kuasa yang benar-benar mengagumkan, kuasa untuk bertahan, walau dunia sedang runtuh di sekeliling mereka.

 

 

 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda