
Foto: CNN
Advertisement
Tahun 2025 disifatkan sebagai tahun paling getir buat pengamal media di seluruh dunia, khususnya di Gaza apabila angka korban terus mencatatkan rekod yang membimbangkan.
Menurut infografik yang dikongsikan Bernama, sebanyak 129 pengamal media terbunuh, menjadikan ia jumlah tertinggi dalam tempoh lebih 30 tahun.
Lebih mengejutkan, lebih 60 peratus daripada 86 petugas media yang terkorban dilaporkan berpunca daripada serangan Israel dan majoritinya adalah rakyat Palestin yang membuat liputan di Gaza.
Daripada 129 wartawan yang maut, 47 daripadanya didakwa dibunuh kerana tugas mereka sebagai pengamal media.
Sebanyak 81 peratus kes dikaitkan dengan Israel, menjadikannya angka tertinggi dalam tempoh sedekad.
Setakat ini, dilaporkan tiada pihak yang dipertanggungjawabkan atas kematian tersebut.
Gaza kini dianggap sebagai tempat paling berbahaya di dunia untuk petugas media.
Dalam masa sama, Israel dilaporkan terus menuduh sebahagian wartawan di Gaza mempunyai kaitan dengan Hamas, sebuah dakwaan yang terus menjadi polemik antarabangsa.
Sebagai perbandingan, konflik lain turut mencatatkan korban pengamal media:
- Sudan: 9 terbunuh
- Perang Ukraine: 4 terbunuh

Foto: CNN
Namun angka di Gaza jauh mengatasi zon konflik lain.
Infografik itu turut menyatakan bahawa dua pertiga daripada keseluruhan pembunuhan pengamal media pada 2024 dan 2025 dikaitkan dengan Israel.
Sumber data adalah daripada Committee to Protect Journalists (CPJ).
Situasi ini sekali lagi membuka perdebatan tentang keselamatan wartawan di zon konflik serta kebebasan media dalam melaporkan kebenaran di medan perang.
Di saat dunia bergantung kepada mata dan suara wartawan untuk mengetahui realiti sebenar, nyawa mereka pula menjadi taruhan.
Rujukan: BERNAMA