Skip to main content

Advertisement

Berita

Gambar Kartun Di Tadika Akan Diganti Dengan Gambar Pejuang Sebagai Tanda Patriotik

Tadika secara umumnya dihiasi dengan pelbagai karakter kartun yang berwarna-warni dan comel.

larang tadika guna gambar mickey mouse, ganti dengan imej tokoh

Namun, di Kaherah, kebanyakkan tadika disini akan menggantikan gambar kartun terkenal seperti Mickey Mouse dengan imej tokoh tentera Mesir.

Advertisement


Dipetik daripada BBC, perubahan itu bertujuan menerapkan semangat patriotik dalam kalangan generasi kini, sekali gus meningkatkan pembangunan Mesir pada masa akan datang.

larang tadika guna gambar mickey mouse, ganti dengan imej tokoh


Walaubagaimana pun, cadangan untuk menggantikan imej kartun kepada imej tokoh ini turut dikritik pengguna internet di Twitter;

“Saya tidak tahu hendak cakap apa. Saya belajar membaca sebelum masuk ke sekolah kerana majalah Mickey.”

Sementara itu, ada juga yang menyokong cadangan ini dengan menyatakan generasi muda perlu mengenali tokoh perjuangan negara berbanding kartun.

Sumber: BBC

 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda