Dari kecil suka makan lolipop memang perasan ada satu lubang pada batang lolipop. Bila gula-gula tu dah habis ada satu lubang yang kita akan gunakan sebagai wisel walaupun bunyinya tak adalah kuat mana. Sangkaan kita meleset bila fungsi lubang tu bukan wisel.
Lubang itu dibuat untuk pastikan gula-gula tu terus melekat. Sebelum gula-gula tu mengeras, ia telah melekat pada lubang plastik tu dulu dan terus pastikan ia melekat dan tak jatuh bila dah mengeras.