Skip to main content

Advertisement

Berita

Pengguna Android Mungkin Akan Menerima Fungsi Cap Jari Untuk Aplikasi WhatsApp

pengguna android mungkin akan menerima fungsi cap jari untuk aplikasi whatsapp

Buat masa ini WhatsApp sedang menguji fungsi fingerprint pada aplikasi mereka bagi pengguna Android Beta. Jadi, selepas ini anda hanya perlu menggunakan cap jari untuk membuka aplikasi WhatsApp anda.

Advertisement

Walaupun telefon anda berada dalam keadaan terbuka, namun tanpa cap jari, pengguna tidak bertanggungjawab tidak boleh membuka aplikasi WhatsApp. Ciri ini boleh mencegah orang yang tidak bertanggungjawab daripada curi-curi baca pesanan WhatsApp anda.

Walaubagaimanapun, biarpun anda mengaktifkan fungsi cap jari, pengguna masih boleh membalas pesanan daripada notifikasi dan juga menjawab panggilan WhatsApp seperti biasa tanpa perlu membuka telefon anda.

Sumber: Asia One

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda