Skip to main content

Advertisement

Berita

Penerbangan Dari Jeddah Ke Kuala Lumpur Terpaksa Berpatah Balik Sebab Ibu Terlupa Anaknya

penerbangan dari jeddah ke kuala lumpur terpaksa berpatah balik kerana ibu terlupa akan bayinya

Selalunya jika berlaku kecemasan barulah sesebuah penerbangan itu dibenarkan untuk berpatah balik ke lapangan terbang.

Advertisement

Namun, baru-baru ini sebuah pesawat Saudi Arline dari Jeddah ke Kuala Lumpur berpatah balik disebabkan oleh seorang penumpang tertinggal bayinya.

Seorang ibu telah memberitahu kepada kru kabin bahawa beliau tertinggal bayinya di sekitar ruang berlepas di terminal Lapangan Terbang Raja Abdul Aziz. Kemudian, kabin kru memaklumkan perkara tersebut kepada juruterbang.

Satu video yang menunjukkan juruterbang meminta izin daripada pegawai ATC untuk kembali semula ke lapangan terbang turut tular dan mendapat perhatian netizen.

Pada awalnya, mereka semua teragak-agak untuk mengizinkan kapal terbang itu kembali, namun selepas mempertimbangkan, akhirnya pegawai ATC mengarahkan pesawat itu berpatah balik.

“Pesawat ini meminta untuk berpatah balik... ada seorang penumpang tertinggal bayinya di ruang berlepas, kasihan...,” katanya yang terpaksa bertanya kembali tujuan permintaan juruterbang itu untuk pengesahan.

“OK, patah balik ke pintu (pelepasan). Ini suatu yang baru bagi kami!”

Sumber: Astro Awani



 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda