Skip to main content

Advertisement

Berita

“Saya Kini Lebih Tenang, Terserah Nak Kata Apa” - Fazura

Pelakon dan penyanyi, Nur Fazura lega apabila mencapai kata sepakat dan mendapat perjanjian hak penjagaan anaknya Nur Fatima Aisya.

“saya kini lebih tenang, terserah nak kata apa” - fazura

Dia tidak menafikan dirinya kini menjalani kehidupan lebih tenang dan bahagia menguruskan kerjayanya dan cahaya mata.

Advertisement

Namun, Fazura bukanlah mahu riak dan menunjukkan kebahagiaan, tapi ia luahan ikhlas daripada hatinya.

“Kehidupan sekarang sejujurnya saya tenang dan lebih bahagia. Bukan nak riak ke apa, tapi ini sejujurnya yang saya rasa sekarang. Saya bersyukur kepada Allah,” katanya.

Fazura selesai prosiding merekodkan perjanjian hak penjagaan anak di Mahkamah Tinggi Syariah, di Shah Alam, pagi tadi.

Sumber: Berita Harian
 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda