Skip to main content

Advertisement

Berita

Fattah Amin Bakal Bertunang Dengan Fazura?

fattah amin bakal bertunang dengan fazura?

Sebut sahaja nama dua artis terkenal ini pasti semua orang pasti setuju jika mereka bersama. Keintiman Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin dilihat semenjak kedua-duanya digandingkan dalam drama, Hero Seorang Cinderella.

Advertisement

Kedengaran pula desas-desus mengatakan pasangan terbabit akan melangsungkan pertunangan pada 13 November depan. Jika mereka jadi bertunang Alhamdulillah tahniah diucapkan kepada mereka.

Fazura mengatakan mungkin semua itu hanya khabar angin kerana supertelefilem lakonan kami berjudul Wanita Terindah akan dilancarkan, esok.

Menurut Fattah Amin, "Saya bagaimanapun menganggap ia sebagai doa. Saya pula memang mengharapkan doa yang baik-baik daripada semua,” katanya kepada BH Online ketika ditanya mengenai kesahihan desas-desus pertunangan berkenaan.

Sumber - BH Online

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda