Skip to main content

Advertisement

Berita

Erry Hidayat: Rahsiakan Demam Denggi Untuk Tunai Harapan Bapa

Walaupun emas yang disasarkan oleh Erry Hidayat Muhammad terlepas dari genggaman, namun beliau seharusnya berasa bangga dengan pencapaian selaku pemegang pingat perak di Sukan Komanwel Birmingham 2022.

erry hidayat: rahsiakan demam denggi untuk tunai harapan bapa

Hal ini demikian kerana, Erry tidak berada dalam keadaan 100% ketika acara tersebut sedang berlangsung. Difahamkan Erry dijangkiti demam denggi pada saat-saat kritikal dan beliau berjuang dalam keadaan sakit. Apabila ditanya mengenai sebab beliau untuk terus menyertai acara tersebut, Erry menyatakan bahawa beliau melakukannya untuk menunaikan janji kepada bapanya untuk membawa pulang emas.

Advertisement

erry hidayat: rahsiakan demam denggi untuk tunai harapan bapa

Dalam temu-bual bersama Fina Nasrom, Erry menyatakan bahawa ibunya telah pun mengetahui tentang kesakitan yang dialami namun memilih untuk merahsiakan keadaan kesihatan beliau bagi mengelakkan bapanya dari merasa bimbang.

"Chin Up Erry!", anda masih lagi seorang wira di mata kami, rakyat Malaysia!

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda