Skip to main content

Advertisement

Berita

Mulut Boleh Jadi Punca Dosa Atau Jalan Ke Syurga, Pilihlah Dengan Bijak

mulut boleh jadi punca dosa atau jalan ke syurga, pilihlah dengan bijak

Foto: JAKIM

Advertisement

Mengumpat mungkin nampak remeh, tetapi hakikatnya ia merupakan perbuatan yang sangat ditegah dalam Islam. Mengumpat bermaksud menyebut keburukan seseorang di belakangnya, sama ada benar ataupun tidak. Walaupun perkara yang disebut itu benar, ia tetap dianggap dosa kerana menjatuhkan maruah orang lain.

Rasulullah SAW pernah menggambarkan mengumpat seperti memakan daging saudara sendiri yang telah mati, dan ia merupakan satu perumpamaan yang cukup menggerunkan. Bayangkan betapa besar dosanya apabila lidah tidak dijaga.

mulut boleh jadi punca dosa atau jalan ke syurga, pilihlah dengan bijak

Foto Hiasan

Sebaliknya, Islam mengajar kita supaya menghiasi lidah dengan perkara baik. Gunakan masa untuk berzikir, berdoa, membaca Al-Quran atau sekurang-kurangnya berkata dengan kata-kata yang lembut dan bermanfaat. Setiap kalimah yang baik bukan sahaja menyenangkan hati orang lain, malah ia akan menjadi pahala yang berkekalan untuk diri kita.

Dalam kehidupan seharian, kita sering terjebak dengan gosip dan perbualan kosong tanpa sedar. Justeru, penting untuk kita lebih berhati-hati dan memilih percakapan yang membawa manfaat.

Ingatlah bahawa lidah kecil bentuknya, tetapi besar kesannya. Dengan lidah kita boleh menyatukan hati dan dengan lidah juga kita boleh menghancurkan hubungan.

Jom sama-sama kita menjaga lidah, elakkan mengumpat dan isi dengan kalimah yang mendekatkan diri kepada Allah.

“Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata yang baik atau diam.” (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Sumber: JAKIM

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda