Skip to main content

Advertisement

Berita

Apa Benda Earth Day Quiz Yang Tengah Trending Dekat Media Sosial Ni Sebenarnya?

apa benda earth day quiz yang tengah trending dekat media sosial ni sebenarnya?

Trending di media sosial ketika ini adalah Earth Day Quiz. Rata-rata netizen memuat naik gambar haiwan berserta personaliti setelah menjawab lima soalan.

Advertisement

Mungkin ramai yang tertanya, apa itu earth day quiz?

Sebenarnya, earth day quiz ini disediakan oleh sebuah badan yang memperjuangkan alam sekitar yang dikenali sebagai Earth Day. Berdasarkan website mereka iaitu earthday.org terdapat 5 soalan yang setiap orang kena jawab dalam mas 3 hingga ke 5 minit.

Selepas itu, anda semua akan diberi personality berdasarkan soalan yang dijawab dan juga poster yang boleh dimuat turun secara percuma.

Tapi, tujuan sebenar kuiz ini semestinya untuk memberi kesedaran kepada masyarakat akan kepentingan menjaga alam sekitar. Semenjak dua menjak ini, kerap kali kita mendengar berita buruk tentang alam sekitar.

Maka, selepas menjawab kuiz ini jom sama-sama kita menjaga alam sekitar!

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda