Skip to main content

Advertisement

Berita

Demi Mencipta Rekod Dunia Lelaki Ini Sanggup Duduk Di Atas Tandas Selama 5 Hari

demi mencipta rekod dunia lelaki ini sanggup duduk di atas tandas selama 5 hari

Seorang pemandu bas dari Belgium, Jimmi De Frenne,48, telah mencabar dirinya untuk duduk di atas tandas selama 165 jam demi mencipta rekod dunia.

Advertisement

Walaubagaimanapun, selepas jam 116 dia mengambil keputusan untuk berhenti daripada melakukan perkara itu pada pagi Jumaat lalu.

Dia melakukan rekod tersebut di sebuah tandas khas yang terletak dalam Bar Filip’s Place di Ostend. Bar tersebut juga dibuka sepanjang masa bagi memberi ruang kepada ahli keluarga dan rakan De Frenne untuk singgah melawatnya.

De Frenne juga diberi tempoh lima minit bagi setiap untuk membolehkannya tidur. Biarpun duduk di atas tandas, tetapi De Frenne tetap perlu ke tandas kerana tandas bar tersebut tidak dihubungkan dengan saluran paip.

Menurutnya, duduk untuk tempoh yang lama bukan perkara mudah.

"Saya sangat penat dan kaki saya juga sakit. Saya percaya pada kejayaan saya dan cuba membuat rekod rasmi ini," jelasnya lagi.

Buat masa ini masih belum ada sesiapa yang mencipta rekod duduk di atas tandas. Rekod Dunia Guinness juga telah dimaklumkan tentang cubaan De Frenne dan pegawai tempatan dan saksi turut membuat pemeriksaan untuk mengesahkannya. – Agensi

Sumber: Sinar Harian

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda