Skip to main content

Advertisement

Berita

Dua Lipa Pecat Ejen Gara-Gara Sokong Israel

dua lipa pecat ejen gara-gara sokong israelFoto: X

Penyanyi antarabangsa terkenal, Dua Lipa, dilaporkan mengambil langkah tegas dengan menamatkan khidmat ejennya untuk pasaran Eropah, David Levy, selepas individu itu didapati menandatangani petisyen bagi mendesak kumpulan rap pro-Palestin, Kneecap, digugurkan daripada barisan artis Festival Glastonbury.

Advertisement

Menurut laporan, kandungan petisyen yang ditujukan kepada pengasas festival berkenaan, Michael Eavis, terbongkar kepada umum dan mendedahkan nama David sebagai antara penandatangan terawal.

Tindakan tersebut nyata bercanggah dengan pendirian lantang Dua Lipa yang sejak sekian lama dikenali sebagai penyokong kuat Palestin.

⁠“Dua kesal dengan tindakan David dan mengambil keputusan menamatkan perkhidmatannya kerana menyokong perang Israel di Gaza,” kata satu sumber.

David sebelum ini berkhidmat di bawah agensi William Morris Endeavor (WME) yang menguruskan pasaran Eropah bagi pihak penyanyi itu.

Konsisten Sokong Palestin

Dua Lipa sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan tegas menuntut genjatan senjata segera, berikutan ribuan nyawa rakyat Palestin terkorban sejak konflik memuncak pada 7 Oktober 2023.

Sementara itu, kumpulan Kneecap menafikan dakwaan kononnya mereka menyokong militan. Menurut mereka, perjuangan yang dibawa hanyalah suara solidariti menentang penindasan di Palestin.

Sejak menyuarakan sokongan terbuka kepada Palestin, termasuk ketika membuat persembahan di Coachella 2025, Kneecap berdepan kecaman keras daripada penyokong Zionis.

Sumber: Al-Jazeera

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda