Skip to main content

Advertisement

Berita

Dua Dekad Terpisah, Ali Al-Sayes Akhirnya Peluk Anak Perempuannya, Zikra

dua dekad terpisah, ali al-sayes akhirnya peluk anak perempuannya, zikraFoto: Instagram

Dua puluh tahun terpisah tembok besi penjara Israel, tahanan Palestin Ali Al-Sayes akhirnya dapat memeluk anak perempuannya, Zikra.

Advertisement

Sebuah detik penuh air mata yang menggambarkan cinta yang tidak pernah padam meskipun waktu dan penderitaan memisahkan mereka.

Ali, yang ditahan oleh tentera Israel ketika Zikra masih bayi, dibebaskan minggu ini selepas menghabiskan dua dekad dalam penjara. Saat dia melangkah keluar dari pintu penjara, Zikra yang kini sudah meningkat dewasa kelihatan menangis memeluk ayahnya di tengah-tengah lautan penduduk yang bersorak menyambut kebebasan itu.

Penduduk kampung menyifatkan momen itu sebagai antara detik paling mengharukan dalam sejarah pembebasan tahanan Palestin tahun ini.

 

 

Bagi mereka, pelukan antara Ali dan Zikra bukan sekadar pertemuan semula antara ayah dan anak, tetapi simbol ketabahan rakyat Palestin yang tidak pernah menyerah terhadap penindasan.

Menurut sumber tempatan, Ali ditahan oleh pihak berkuasa Israel pada awal 2000-an atas tuduhan menyertai gerakan pembebasan Palestin.

Selama tempoh penahanan, dia berulang kali dipindahkan ke beberapa penjara di wilayah Israel dan hanya dibenarkan berhubung dengan keluarganya melalui surat yang disemak pihak berkuasa.

Sumber: Instagram

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda