
Semenjak dua menjak ini acap kali kita mendengar kes-kes kematian dan penderaan bayi ataupun kanak-kanak. Anak kecil yang masih belum kenal erti kehidupan ini diseksa oleh mereka yang matang fikirannya tanpa belas kasihan.
Advertisement
Kejadian terbaru yang menggemparkan seluruh negara adalah kes kematian melibatkan kanak-kanak berumur 3 tahun yang dikenali sebagai Aisyah. Menurut laporan di dada akhbar, mayat kanak-kanak tersebut telah dijumpai selepas 2 minggu kematiannya. Lebih menyedihkan lagi pihak berkuasa hanya menemui tengkorak dan rambutnya sahaja.
Perkara yang menyedihkan ini telah mendapat perhatian Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad al Bakri. Melalui akaun twitternya, Dr Zulkifli telah menyuarakan rasa kecewa dan sedihnya akan kejadian tersebut.
Apa dosa si anak kecil sehingga diperlakukan sedemikian rupa?! Apa jua perlakuan mereka yang dewasa, usah sama sekali libatkan jiwa yang tidak tahu apa-apa.
Kami berharap pihak berkuasa dapat melaksanakan tanggungjawab dengan segera supaya yang bersalah dapat dibawa ke muka pengadilan. Moga inilah kali pertama dan terakhir kita membaca laporan yang amat merenggut naluri keinsanan ini di dada akhbar.
Dr Zulkifli turut memetik Surah al-A’raf ayat 179 dan beliau turut berharap agar pihak berkuasa dapat mengambil tindakan dengan segera dan keadilan dapat ditegakkan
Firman Allah SWT: Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. (Surah al-A'raf: 179)
