
Pemergian Abam masih terus dirasai sehingga ke hari ini. Masing-masing masih lagi berduka dengan pemergian pelawak itu yang sangat tiba-tiba. Ketika kematiannya, ramai yang hadir memberikan penghormatan terakhir.
Advertisement
Baru-baru ini, Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli Mohd al-Bakri telah mendedikasikan bebenang twitter buat Allahyarham Abam. Biarpun tidak mengenali secara dekat, namun beliau memuji dan menyifatkan kematian Abam sebagai penamat yang baik.
Dalam bebenang itu juga, Dr. Zulkifli turut berkongsi beberap hadis akan tanda-tanda kematian yang baik.







