Skip to main content

Advertisement

Berita

Doa Boleh Dibaca Untuk Keamanan Negara, Daripada Nabi Ibrahim AS

Pelbagai perkara yang melanda negara kita ketika ini sehingga rata-rata rakyat jelata sudah timbul perasaan risau dan tertanya-tanya, apakah akan bakal berlaku.

doa boleh dibaca untuk keamanan negara, daripada nabi ibrahim as

Keamanan negara adalah sebuah aset yang sangat bernilai bagi menjamin kesejahteraan dan keharmoniannya. Apabila sesebuah keamanan wujud dalam negara, masyarakat dapat melaksanakan tanggungjawab dan peranan masing-masing dalam memajukan negara.

Advertisement

Justeru, sebagai rakyat yang menyayangi negara, lakukanlah peranan anda walau sekecil-kecil perkara kerana ia mungkin mampu memberi kesan yang besar kepada negara.

Antara perkara mudah yang boleh dilakukan adalah dengan memanjatkan doa kepada Allah agar negara kita sentiasa dilindungi daripada kemudaratan dan diberi kesembuhan dari setiap masalah yang melanda.

doa boleh dibaca untuk keamanan negara, daripada nabi ibrahim as

وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ رَبِّ اجْعَلْ هَـٰذَا بَلَدًا آمِنًا وَارْزُقْ أَهْلَهُ مِنَ الثَّمَرَاتِ مَنْ آمَنَ مِنْهُم بِاللَّـهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ

Mafhum: “Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Mekah) ini, negeri yang aman sentosa dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan pada hari akhirat di antara mereka.” (Surah Al-Baqarah, 2:126)

Doa ini pernah diamalkan oleh Nabi Ibrahim tatkala baginda meminta keamanan terhadap Kota Mekah. Justeru, berdoalah meminta keamanan kepada Allah dalam setiap waktu kerana ia merupakan antara nikmat yang paling besar kepada manusia.

Sebagaimana sabda Baginda SAW yang bermaksud;

Maksud: “Barangsiapa di antara kamu masuk pada waktu dalam keadaan sihat badannya, aman pada keluarganya, dia memiliki makanan pada pokoknya pada hari itu, maka seolah-olah seluruh dunia dikumpulkan untuknya.” (HR As-Syaukani, 2/44)

Sumber: JAKIM

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda