Setelah 2 hari kemarau pingat emas di Birmingham, rakyat Malaysia sudah tentunya ternanti-nanti akan kilauan pingat emas yang seterusnya. Oleh itu, tidak hairan lah jika tumpuan kini terarah kepada skuad badminton Malaysia yang bakal turun dalam acara berpasukan campuran hari ini.

Pasukan badminton negara tidak menghadapi masalah mengetepikan cabaran pasukan tuan rumah England di pusingan separuh akhir. Namun, cabaran getir menanti mereka kerana bakal bertemu juara bertahan, India yang mudah menewaskan Singapura 3-0.
Advertisement
Buat masa ini, Malaysia telah pun meraih 2 pingat emas, 2 pingat perak dan 2 pingat gangsa. Malaysia kini berada di tangga ke-lapan keseluruhan dalam carta pungutan pingat.