Skip to main content

Advertisement

Berita

Lee Chong Wei Umum ‘Gantung Raket’ Selepas 19 Tahun Beraksi Dengan Penuh Cemerlang

lee chong wei umum ‘gantung raket’ selepas 19 tahun beraksi dengan penuh cemerlang

Selepas 19 tahun, akhirnya pemain badminton negara Datuk Lee Chong Wei telah mengumumkan persaraannya hari ini.

Advertisement

Dalam keadaan penuh sebak, Lee Cong Wei turut berterima kasih kepada jurulatih yang banyak membantunya dan terutama sekali Datuk Misbun Sidek serta kepada seluruh warga Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

“Terima kasih kepada semua jurulatih, terutama jurulatih yang membawa saya naik ke tahap ini, Datuk Misbun Sidek.

Saya tidak pasti sama ada beliau ada di sini atau tidak. Ada beberapa jurulatih ada di sini, terima kasih Hendrawan dan Tey Seu Bock. Begitu juga dengan tenaga sokongan yang mengikut saya ke mana saya pergi, fisioterapi....(terus menangis dalam tempoh seminit),” katanya di Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Lee Chong Wei telah merangkul tiga pingat perak Olimpik dan berjaya meraih kejuaraan Terbuka Malaysia sebanyak 12 kali. Pada tahun lalu beliau telah disahkan mengidap kanser hidung dan telah mendapatkan rawatan di Taiwan. Selepas disahkan sembuh, beliau kembali latihan Januari tahun ini.

 

Terima kasih Datuk Lee Chong Wei!

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda