Skip to main content

Advertisement

Berita

Datuk Lee Chong Wei Beri Bantuan Untuk Mangsa Banjir Di Pulau Pinang

dato

Sumber dari Astro Awani

Advertisement

Siapa yang tidak terkesan dengan keadaan banjir di Pulau Pinang yang terjejas teruk baru-baru ini. Pemain badminton nombor satu negara iaitu Datuk Lee Chong Wei turut sama memberikan bantuan untuk mangsa banjir di Pulau Pinang.

Meski pun sibuk dengan latihan dan persediaan untuk kejohanan yang akan datang, Datuk Lee Chong Wei memebrikan bantuan dari segi menghantar dua buah lori yang sarat berisi makanan antaranya biskut dan 100 biji bantal khususnya untuk mangsa banjir.

Datuk Lee Chong Wei tidak dapat bersama dengan mangsa banjir di Pulau Pinang namun dia hanya mampu menolong sedaya yang boleh untuk mangsa banjir yang terjejas.

Beliau turut berharap agar bantuan yang dihulurkan dapat mengurangkan beban mangsa banjir.

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda