
Hari ini genap 39 tahun umur penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza. Sempena ulang tahun kelahirannya, Beliau dan suami memohon agar peminat mendoakan yang agar semua peminat mendoakan semoga urusannya dipermudah dan selamat.
Advertisement
“Terima kasih di atas ucapan peminat. Doakan agar semuanya selamat. Alhamdulillah, hadiah paling bermakna adalah zuriat yang akan dilahirkan Mac nanti,”
“Doktor sudah mengesahkan anak dalam kandungan adalah seorang puteri,” katanya.
Dalam pada itu, Siti Nurhaliza juga berkata, dia berdoa agar anak yang bakal dilahirkan itu sentiasa sihat dan sempurna serta menjadi anak yang solehah.