![[video] bersatu demi sahabat: rambut hilang, semangat tetap kuat!](https://assets.astroaudio.com.my/brands_syok/media/Article/2025/Dec/12/doublepic-7.png)
Foto: Tiktok (@amercarter_)
Advertisement
Dalam suasana penuh ceria dan bersahaja, sekumpulan rakan berkumpul sambil memegang mesin pencukur. Mereka bukan sekadar bergurau atau melakukan cabaran spontan sebaliknya mereka sedang menunjukkan sokongan kepada seorang sahabat yang kini sedang berjuang melawan kanser.
@amercarter_ “No no no, don’t do this guys” As this man battles cancer, we are shaving our heads in solidarity to him. This man is one of the closest person in my life, in every way that matters. He was diagnosed, a cancer fighter, and as he begins his journey through chemotherapy and transplant, we wanted him to feel one thing: HE IS NOT FIGHTING ALONE So we surprised and shaved our hair with him. We are proud of him. No matter what lies ahead, we will face it with you. To my other brothers, thank you for being part of this without second thoughts and for giving your strength, love, and courage to this man when he needs it the most. Cancer doesn’t win. #cancerfighters #cáncerawareness #fightingtogether #cancersupport #fyp ♬ original sound - AmerCarter
Sahabat mereka baru memulakan rawatan yang menyebabkan rambut gugur dan tanpa ragu, rakan-rakannya mengambil keputusan untuk mencukur rambut bersama-sama. Tindakan ini mungkin nampak sederhana, namun maknanya sangat besar. Ia melambangkan satu perkara penting bahawa dia tidak bersendirian.
Kadang-kadang, kita tidak perlu ucapan panjang untuk menunjukkan kita peduli. Tindakan mencukur rambut ini sudah cukup untuk menggambarkan rasa hormat, ketulusan dan empati serta kesediaan untuk menemani sahabat dalam melalui fasa sukar.
Dengan senyuman yang jelas di wajah masing-masing, mereka seolah-olah berkata,
“Kami ada dengan kau, apa pun yang berlaku.”
Dalam apa juga situasi mencabar, kehadiran sahabat sering menjadi sumber kekuatan tambahan. Sokongan seperti ini bukan sekadar menghiburkan, tetapi juga membantu meningkatkan semangat seorang pejuang kanser untuk terus berjuang.
Sumber: Tiktok (@amercarter_)