
Bintang bola sepak terkenal dunia, Cristiano Ronaldo telah menyumbang wang berjumlah $1.5 Juta atau RM 6.2 Juta kepada penduduk Gaza ketika bulan Ramadan.
Advertisement
Sumbangan itu bertujuan untuk membantu rakyat Palestin yang kelaparan dan tidak mempunyai sumber untuk makan pada bulan yang mulia ini.
Ini bukanlah kali pertama penyerang kelab Juventus mendermakan wangnya kepada penduduk Palestin. Pada tahun 2012, Cristiano Ronaldo pernah melelong European Golden Boot yang dimenanginya dan menyerahkan wang tersebut kepada Gaza bagi membangunakan beberapa buah sekolah di sana.
Semoga dengan perbuatan ini akan memberi manfaat kepada seluruh penduduk dunia dan menjadi inspirasi kepada kita semua.
Sumber: RT