Skip to main content

Advertisement

Berita

Ini Ciri-ciri Isteri Yang Senantiasa Mensyukuri Kehidupan Berkeluarga

Isteri, seorang wanita yang melengkapi suami. Mungkin sesetengah orang memikirkan suami itu adalah segala-galanya. Namun, sesebuah rumah tangga tak akan utuh sekiranya tidak mempunyai isteri yang saling membantu dan menyokong.

Sebagai seorang isteri, haruslah bertindak mengikut kemampuan suami. Kadang-kadang tidak semua benda suami mampu tunaikan. Jadi, haruslah menjadi isteri yang sentiasa bersyukur.

Advertisement

Berikut adalah 4 ciri-ciri seorang isteri yang sentiasa mensyukuri

1. Tidak mengungkit kebaikan dirinya

Seorang isteri yang bersyukur tidak akan mengungkit segala kebaikan yang dilakukannya. Sebagai contoh, merungut apabila penat melakukan kerja-kerja rumah dan sebagainya.

Jika anda merasakan pasangan anda tidak membantu, berkomunikasi dengan suami dan bincang dengan baik.

2. Tidak merasa paling banyak berkorban

Selalu kita merasakan diri kita paling banyak berkorban dalam rumah tangga. Namun, sebaiknya usahlah merasakan diri kita yang paling banyak melakukan sesuatu kerja kerana setiap daripada kita ada fungsinya.

3. Tidak bercerita akan kisahnya di hadapan orang lain untuk dikagumi

Usahlah bercerita akan apa yang kita lakukan di hadapan orang lain semata-mata untuk mendapat pujian.

4. Menjaga martabat suami di hadapan orang lain

Jangan sesekali bercerita kekurangan suami di hadapan orang lain. Perkara ini dapat membuka dan mengundang perkara-perkara yang buruk.

 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda