
Seorang doktor menemui seekor cicah di dalam telinga seorang pesakitnya. Lebih mengejutkan lagi, cicak tersebut sudah 2 hari berada di dalam telinga.
Advertisement
Dr Varanya Nganthavee, 25, berasa sangat terkejut tatkala menemukan haiwan tersebut ketika hari pertama beliau bertugas di Hospital Rajaviti di Bangkok pada Isnin lalu.
"Ia adalah kes terakhir saya pada hari tersebut. Saya keliru. Bagaimana cicak sebesar itu boleh memasuki lubang telinga?" menurut kapsyen gambar yang dimuat naik olehnya di Facebook.
Sumber: Astro Awani